12 Mei 2015 - 04:27
Syarikat Aramco Saudi diserang

Kabilah-kabilah Yaman lancar serangan roket ke atas ibupejabat Aramco di Arab Saudi.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Televisyen al-Mayadin dan al-Manar melaporkan kabilah-kabilah Yaman melancarkan serangan roket ke atas ibupejabat syarikat Aramco Saudi di wilayah Zahran.

Aramco merupakan syarikat minyak terbesar di Arab Saudi dan di peringkat antarabangsa yang mempunyai pasaran bernilai 781 Bilion Dollar Amerika.

Pada tahun 2001, ibupejabat Aramco Saudi di Zahran mempunyai pekerja berjumlah 50,000 orang.